Kota Marudu dilanda gempa bumi lemah

Kota Marudu dilanda gempa bumi lemah

Gegaran dengan magnitud 3.8 berlaku 10.39 pagi tadi.

MetMalaysia terus memantau keadaan sekitar Kota Marudu dengan bomba Sabah belum menerima aduan kerosakan susulan gempa bumi lemah di kedalaman 10km. (Gambar Facebook)
KOTA KINABALU:
Kejadian gempa bumi lemah dengan magnitud 3.8 dilaporkan berlaku di Kota Marudu, Sabah pada 10.39 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), berkata gempa bumi tersebut dengan koordinat 6.3 darjah utara dan 116.8 darjah timur serta jarak 27km selatan dari Kota Marudu.

Menurut kenyataan itu gempa bumi dengan kedalaman 10km itu menyebabkan gegaran dirasai sekitar Kota Marudu dan kawasan sekitarnya.

Susulan kejadian itu, MetMalaysia akan terus memantau keadaan di sekitar kawasan Kota Marudu.

Sementara itu, Bomba Sabah berkata pihaknya setakat ini tidak menerima sebarang aduan kerosakan atau panggilan.

“Pihak bomba kini sedang membuat pemeriksaan dan pemantauan di premis berisiko di daerah berkenaan,” menurut kenyataan MetMalaysia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.