Jentera Bersatu diarah sedia berdepan PRU mengejut

Jentera Bersatu diarah sedia berdepan PRU mengejut

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengeluarkan arahan itu dalam mesyuarat yang turut membincangkan 'perkembangan yang amat meyakinkan' dengan PAS.

BERSATU
Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengarahkan audit kekuatan jentera parti di semua negeri khususnya kawasan-kawasan tumpuan Parlimen dan DUN.
PETALING JAYA:
Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin mengarahkan jentera parti itu digerakkan segera bagi menghadapi kemungkinan PRU mengejut pada hujung tahun ini.

Dalam satu hantaran di Facebook, Setiausaha Agung Bersatu, Azmin Ali, berkata Muhyiddin turut mengarahkan audit kekuatan jentera parti di semua negeri khususnya kawasan-kawasan tumpuan Parlimen dan DUN.

Azmin berkata arahan itu dikeluarkan dalam mesyuarat Bersatu semalam, yang turut membincangkan ‘perkembangan yang amat meyakinkan’ hasil pertemuan kepimpinan tertinggi Bersatu dan PAS pada Rabu lalu.

“Presiden juga menyeru semua pimpinan dan ahli-ahli untuk menjaga disiplin dan berintegriti, menjalin kerjasama dengan parti-parti anggota dalam Perikatan Nasional dan sentiasa menyantuni dan prihatin rakyat,” katanya.

Azmin Ali.
Azmin Ali.

November lalu, Azmin pernah menyatakan bahawa Bersatu perlu bersiap sedia menghadapi kemungkinan PRU lebih awal sebelum penggal pentadbiran kerajaan tamat pada 2027.

Dalam laporan Berita Harian, Azmin memaklumkan kepada perwakilan dalam perhimpunan agung tahunan parti bahawa Bersatu berusaha menambah keahlian dan membuka lebih banyak cawangan sebagai persediaan menghadapi pilihan raya akan datang.

“PRU tidak semestinya akan diadakan tiga tahun dari sekarang,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.