Kes titah adendum: Najib tentang perintah ‘gag order’

Kes titah adendum: Najib tentang perintah ‘gag order’

Bekas perdana menteri kata tidak ada risiko atau ancaman langsung kepada institusi diraja.

Najib Razak
Kerajaan mahu Mahkamah Tinggi halang orang ramai membincangkan titah adendum Najib Razak. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Najib Razak menentang permohonan kerajaan untuk mendapatkan perintah larangan bersuara (gag order) berhubung permohonan pelaksanaan titah adendum yang membenarkannya menjalani tahanan rumah.

Bekas perdana menteri itu dalam afidavit berkata tiada bukti bahawa keselamatan negara akan terancam jika perintah itu tidak dilaksanakan.

Najib berkata sehingga kini tiada sesiapa pun membuat sebarang kenyataan berbaur hasutan terhadap Yang di-Pertuan Agong atau institusi diraja berhubung isu titah adendum itu.

“Tiada laporan tindakan diambil terhadap sesiapa. Oleh itu, tiada risiko atau ancaman langsung kepada institusi diraja,” katanya.

Bulan lalu, Mahkamah Rayuan, dalam keputusan majoriti, memberikan kebenaran kepada Najib untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi memaksa kerajaan melaksanakan titah adendum yang dikeluarkan oleh Agong terdahulu, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Kes dihantar ke Mahkamah Tinggi untuk dengar merit permohonan itu.

Kerajaan sedang memohon perintah larangan bersuara untuk menghalang orang ramai membincangkan kes titah adendum Najib.

Ia juga meminta kebenaran untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.