
Pentadbirnya Lily Leng, berkata polis dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri sudah ke pusat berkenaan.
“Pihak berkenaan sudah datang ke sini dan kami serahkan sepenuhnya kepada siasatan polis serta tidak dapat mengulas lanjut,” katanya kepada Harian Metro.
Sebelum ini, tular gambar dan video mengenai penemuan bangkai kucing dikatakan itu di media sosial serta laporan polis dibuat pengadu, mendakwa melihat pekerja pusat perlindungan tersebut berjalan kaki dari premis itu membawa bungkusan plastik hitam, pada 3.30 petang, Rabu lalu.
Lelaki itu didakwa membuang plastik berkenaan dalam tong sampah dengan pengadu yang curiga lalu membuka plastik itu dan mendapati terdapat dalamnya sekitar 10 kucing disyaki dibunuh.
Pengadu mendakwa melihat pasangan suami isteri menaiki sebuah kereta membawa kucing liar disyaki dikutip daripada luar ke pusat berkenaan dipercayai bagi dilupuskan.
Dalam pada itu, Ketua Polis Timur Laut Abdul Rozak Muhammad, mengesahkan laporan diterima.
“Ia disiasat oleh veterinar (JPV negeri),” katanya.