Menara telekomunikasi bantu tingkat akses internet di pulau peranginan Mersing

Menara telekomunikasi bantu tingkat akses internet di pulau peranginan Mersing

91 daripada 107 menara telekomunikasi berteknologi tinggi yang dirancang dibina di Johor menerusi Jendela telah beroperasi sepenuhnya.

Pengarah SKMM Johor Nurzie Ibrahim secara simbolik menerima 107 menara telekomunikasi berteknologi tinggi dibina di negeri itu di bawah projek Jalinan Digital Negara (Jendela) fasa satu. (Gambar Konsortium Jaringan Selangor)
PETALING JAYA:
Sektor pelancongan sekitar pulau peranginan di Mersing, Johor kini dapat menikmati kemudahan liputan mudah alih lebih pantas selepas lebih banyak menara telekomunikasi di bawah fasa satu projek Jalinan Digital Negara (Jendela) beroperasi.

Inisiatif memperkukuhkan liputan telekomunikasi 4G di lokasi strategik di daerah Mersing dan Kluang oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dijayakan Konsortium Jaringan Selangor Sdn Bhd.

Pengarah SKMM Johor Nurzie Ibrahim berkata sebanyak 107 menara telekomunikasi berteknologi tinggi dirancang dibina di negeri itu menerusi Jendela dengan 91 daripadanya telah beroperasi sepenuhnya manakala 16 lagi berperingkat menjelang suku ketiga.

“Ia memainkan peranan penting merapatkan jurang digital dan meningkatkan kesalinghubungan di negeri ini,” katanya.

Penyerahan menara itu telah disempurnakan dalam satu majlis baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Konsortium Jaringan Selangor Sdn Bhd Ahmad Fahman Ismail Hadi Tang menyatakan transformasi digital memainkan peranan penting dalam mendorong perubahan ekonomi dan kemajuan negara.

Menurutnya, salah satu pencapaiannya adalah dengan mengembangkan kesalinghubungan ke pulau peranginan sekitar Mersing.

“Sejumlah tapak telah dibangunkan bagi meningkatkan akses digital di lokasi-lokasi terpencil tetapi penuh potensi itu,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.