
“Kalau betul-betul boleh buktikan KWSP rugi satu ringgit, saya umumkan saya akan bersara dari politik,” kata Chong Zhemin daripada DAP, ketika membahaskan usul titah diraja Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat.
Selasa lalu, konsortium Gateway Development Alliance (GDA) berjaya memperoleh saham mencukupi untuk mengambil alih MAHB dan menjadikannya syarikat persendirian.
GDA merangkumi KWSP, UEM Group Bhd yang disokong Khazanah Nasional Bhd, Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi, dan Global Infrastructure Partners yang dimiliki BlackRock.
Sebelum perjanjian itu dimuktamadkan, pengkritik mendakwa KWSP kerugian RM500 juta dalam dagangan saham untuk membeli semula saham MAHB pada harga lebih tinggi selepas menjualnya pada kadar lebih rendah.
Wee dilaporkan berkata kepentingan KWSP dalam MAHB merosot daripada 15% ke bawah 6% pada 2023 sebelum membeli semula saham itu pada 2024 ketika GDA merancang pengambilalihannya.
Chong menyifatkan dakwaan KWSP mengalami kerugian sebagai menghairankan.
“Macam mana KWSP boleh rugi apabila jual saham MAHB. KWSP beli RM2, jual RM5 dan untung RM3. Sekarang bila beli RM11 dengan jangka masa akan datang akan naik lagi.
“Jadi macam mana rugi. Satu sen pun tak rugi. Ini dengan ramalan pada masa akan datang saham dia akan naik,” katanya.