Sabah, Sarawak diramal hujan berterusan hingga esok

Sabah, Sarawak diramal hujan berterusan hingga esok

Hujan berterusan tahap buruk itu dijangka di bahagian Sandakan serta beberapa kawasan di Sarawak.

hujan
Hujan berterusan diramalkan berlaku di Telupid, Beluran dan Sandakan di Sabah manakala di Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Hujan berterusan tahap buruk dijangka berlaku di beberapa daerah di bahagian Sandakan, Sabah hingga esok, menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia)

MetMalaysia menerusi kemas kini amaran yang dikeluarkan pada 5.45 pagi tadi memaklumkan daerah yang dijangka terlibat ialah Telupid, Beluran dan Sandakan.

Selain itu, MetMalaysia juga mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sarawak meliputi Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada bagi Sabah pula melibatkan bahagian Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Kinabatangan) serta Kudat.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini menerusi laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan itu selain menghubungi hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 bagi sebarang maklumat lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.