
Pengerusi BN itu berkata, gabungan itu mempunyai komitmen yang sangat jitu mengekalkan komponen terasnya, yang juga terdiri daripada MIC dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
“Kita tidak akan pernah terpengaruh dengan sebarang desakan menyingkirkan mana-mana parti komponen dalam BN,” katanya pada sidang media di Parlimen, lapor Berita Harian.
“Tidak pernah (berlaku perbincangan), hanya mereka yang bermimpi di siang hari saja yang mencadangkan itu berlaku.”
Terdahulu dilaporkan Presiden MCA Wee Ka Siong mendakwa, terdapat cadangan agar BN menyingkirkan partinya, datangnya daripada ‘orang luar’ yang sebelum ini menuduh parti itu mengkhianati kaum Cina kerana bersekutu dengan Umno.
Pihak itu bagaimanapun kini rapat dengan Umno, malah memegang jawatan dalam kerajaan, tambahnya.
Wee berkata, pihaknya masih menunggu keputusan berhubung cadangan itu.
MCA dan Umno telah menjadi sekutu politik sejak zaman Merdeka, bermula dengan parti Perikatan, dan kemudian dalam BN.