
Bertitah sempena pembukaan mesyuarat pertama penggal keempat Parlimen ke-15, Sultan Ibrahim menegaskan tindakan itu boleh diambil melalui saluran diplomatik, undang-undang dan pertahanan.
Menurut baginda, kerajaan perlu bijak dalam mengekalkan hubungan diplomatik dengan semua pihak dan meningkatkan kerjasama strategik dalam menangani isu serantau dan sempadan negara.
“Tindakan tegas melalui saluran diplomatik, undang-undang dan pertahanan perlu diambil bagi memastikan hak kedaulatan serta kepentingan negara terus kekal dipelihara walaupun hanya seketul batu karang di tengah lautan,” titahnya.
Dalam pada itu, Sultan Ibrahim mahu Malaysia yang menjadi pengerusi ASEAN tahun ini menunjukkan keupayaan memimpin dan menentukan hala tuju rantau Asia Tenggara.
Baginda turut bertitah mahukan Malaysia kekal mendukung prinsip keamanan, menentang keganasan dan penindasan, merujuk kepada situasi di Gaza, Palestin,
“Peperangan di Gaza perlu segera ditamatkan dan keadilan undang-undang hendaklah dilaksanakan,” tegas baginda.