
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dipetik Harian Metro berkata, daerah Kuching, Bau, Asajaya, Saratok dan Kapit diisytiharkan pulih daripada banjir.
Sebanyak 46 PPS masih aktif sehingga 8 pagi tadi yang menempatkan 10,068 mangsa banjir daripada 2,963 keluarga.
Ia termasuk 13 PPS di Miri, sembilan di Serian, lapan di Bintulu, masing-masing enam di Sibu dan Samarahan serta empat di Mukah.
Jumlah mangsa banjir paling ramai di Bintulu iaitu 4,901 orang, diikuti Serian (1,744), Miri (1,391), Sibu (1,147), Samarahan (743) dan Mukah (142).
Banjir luar biasa melanda Sarawak mulai 29 Jan lalu yang menyaksikan lebih 13,000 orang dipindahkan ke 63 PPS.
Sementara itu, dua PPS dibuka bagi menerima 170 mangsa tanah runtuh di Miri dan sebuah PPS menempatkan 37 mangsa kebakaran rumah panjang di Kanowit.