Remaja ditemui lemas di Lata Tebing Tinggi

Remaja ditemui lemas di Lata Tebing Tinggi

Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa, S Muguthan mandi bersama rakan-rakannya di kawasan itu semalam.

Menurut bomba, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. (Gambar JBPM)
IPOH:
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditemukan lemas ketika mandi bersama rakan-rakannya di Lata Tebing Tinggi dekat Selama, petang semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan berkenaan insiden itu pada 4.53 petang sebelum tiba ke lokasi kejadian 14 minit kemudian.

Beliau berkata setibanya anggota pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Selama di lokasi kejadian, didapati mangsa, S Muguthan telah dijumpai orang awam.

“Tindakan ketua operasi mengarahkan anggota membuat penyelamatan menggunakan kaedah CPR (resusitasi kardiopulmonari) namun tidak ada respons daripada mangsa.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM (Kementerian Kesihatan) yang hadir di lokasi kejadian. Seterusnya mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Operasi tamat pada 5.50 petang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.