
Ketua Polis Tumpat Mohd Khairi Shafie, berkata peluru berkenaan dijumpai seorang lelaki berusia 26 tahun yang sedang memancing di kawasan berkenaan kira-kira 2.28 petang semalam.
“Saksi awam iaitu seorang lelaki tempatan berumur 26 tahun sedang memancing ikan di kawasan berkenaan sebelum menjumpai objek menyerupai peluru yang tersangkut dalam tayar lama di kawasan berbatu berhampiran tebing sungai dan terus menghubungi IPD Tumpat.
“Sejurus menerima maklumat berkenaan, unit peronda MPV IPD Tumpat dan Unit Pemusnah Bom IPK Kelantan dikerah ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.
Khairi berkata, hasil siasatan mendapati peluru tersebut adalah jenis mortar yang telah lama serta berkarat dan proses memusnahkannya dilakukan di lokasi penemuan pada hari sama.