
“PAS perlu tahu bahawa tidak semua (nama) Yeoh mempunyai kaitan,” kata menteri belia dan sukan itu dalam catatan ringkas di X.
Hannah mengulas video tular Razman, Adun Gunong Semanggol, yang mendakwa bahawa dia adalah ‘anak orang kaya’ dan ‘anak perempuan YTL’.
YTL telah diasaskan oleh mendiang Yeoh Tiong Lay sebagai sebuah syarikat pembinaan kecil pada 1995. Sejak itu ia telah menjadi salah satu konglomerat terbesar di Malaysia yang terlibat dalam utiliti, hotel dan pembangunan hartanah.
Anak lelaki Tiong Lay, Francis, kini merupakan pengerusi eksekutif Kumpulan YTL.
Setiausaha Sulit Hannah, Nor Miswary Ramli, turut mengkritik Razman, menyamakan dakwaannya dengan dakwaan Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad yang mengaitkan veteran DAP Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Teresa Kok dengan mendiang pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng.
Dakwaan Siti Mastura, juga daripada PAS, menyebabkan dia diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi membayar ganti rugi kepada ketiga-tiga pemimpin DAP itu sebanyak RM750,000 kerana memfitnah.
“Selepas Siti Mastura membayar ganti rugi kerana memfitnah tiga pemimpin DAP, ini datang seorang lagi,” kata Nor Miswary.
“Apa yang pemimpin PAS ini rasa ialah: disebabkan sesetengah orang mempunyai nama keluarga yang sama, mereka menganggap bahawa mereka pasti ada kaitan.”