
Ketua Polis Kota Tinggi, Yusof Othman, berkata kejadian berlaku kira-kira 3 petang dalam keadaan hujan lebat.
“Keadaan cuaca ketika itu hujan lebat dan arus air deras serta dalam,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, operasi pencarian masih dijalankan polis dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Shawaluddin Amin Nordin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 3.28 petang.
“Seramai sembilan anggota dibantu satu jentera fire rescue tender (FRT), sebuah fire response vehicle (FRV), dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya operasi pencarian masih diteruskan sehingga kini.