
Naib Presiden PAS, Mohd Amar Abdullah, berkata kebiasaannya urusan itu diserahkan kepada Presidennya, Hadi Awang untuk membuat keputusan.
“Biasanya kita rujuk kepada beliau (presiden). Setakat ini parti belum bincangkan lagi, presiden yang akan kemukakan nama,” katanya menurut Sinar Harian.
Beliau yang yakin presiden dapat membuat pilihan tepat dalam soal pemilihan pengganti itu berkata, PAS berharap pengganti dapat melaksanakan tugas sebaik mungkin.
Samsuri melepaskan jawatan bendahari agung PN pada 11 Dis lalu.
Pada 15 Dis lalu, menteri besar Terengganu itu dilaporkan berkata, peletakan jawatan mengejutnya bertujuan memperkukuhkan PN supaya ia lebih kuat bagi menghadapi PRU16.
Beliau turut menafikan timbul “keretakan” dalam PN.