Hubungan Malaysia-China melangkaui perdagangan dan pelaburan

Hubungan Malaysia-China melangkaui perdagangan dan pelaburan

Perdana Menteri Anwar Ibrahim tegas keunikan hubungan Malaysia dan China perlu dipupuk seiring kerjasama ekonomi.

anwar ibrahim
Perdana Menteri Anwar Ibrahim kata keperluan membina persahabatan diberi perhatian dalam perbincangan bersama Presiden China, Xi Jinping.
KUALA LUMPUR:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim malam tadi memberi penghormatan kepada hubungan Malaysia dan China yang melangkaui perdagangan dan pelaburan.

Dalam ucapan sempena Tahun Baharu Cina, di majlis anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) dan Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China, Anwar menegaskan kenunikan hubungan kedua-dua negara ini perlu dipupuk seiring kerjasama ekonomi.

Malah, keperluan membina persahabatan, berdasarkan kepercayaan dan saling hormat-menghormati, diberi perhatian dalam perbincangan bersama Presiden China, Xi Jinping, katanya.

“Kita raikan persahabatan ini,” katanya di majlis yang diadakan di KLCC malam tadi.

“Seperti peribahasa Cina mengatakan ‘selepas merentasi gunung dan sungai, kita akan tiba ke sebuah kampung yang dikelilingi pohon dan bunga-bungaan’.”

Mengulas mengenai perayaan Tahun Baharu Cina, Anwar berkata ia menyatukan rakyat daripada semua komuniti dan negeri.

“Ia mencerminkan komitmen kita terhadap keharmonian dan penghargaan,” tegas Anwar.

Anwar mengangkat usaha mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pilihan bagi pelancong China, dan berharap ia akan memupuk pertukaran budaya yang bermakna dan mengukuhkan ikatan kedua-dua negara.

Turut hadir di sambutan malam tadi Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi, di samping Menteri Tiong King Sing dan rakan sejawatan dari China, Sun Yeli.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.