Pecah amanah wang pelanggan RM260,000, wanita mengaku tak salah

Pecah amanah wang pelanggan RM260,000, wanita mengaku tak salah

Tertuduh berusia 32 itu merupakan bekas pekerja syarikat pengurusan unit amanah di Sibu.

Alina Tommy
Alina Tommy didakwa melakukan pecah amanah di sebuah syarikat unit amanah antara 2022 dan Mac 2024.
SIBU:
Bekas pekerja wanita syarikat pengurusan unit amanah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan pecah amanah wang pelaburan pelanggan RM263,296.12.

Alina Tommy, 32, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Musyiri Peet.

Mahkamah kemudian menetapkan 24 Feb sebagai tarikh pengurusan kes dan tertuduh dibenarkan diikat jamin RM10,000 berserta dua penjamin.

Alina dituduh melakukan pecah amanah di sebuah syarikat unit amanah di sini, antara 2020 dan Mac 2024.

Dia boleh dihukum di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang setahun dan tidak melebihi 14 tahun, sebatan serta denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Amirul Hakim Mohamad Zamri, manakala tertuduh diwakili peguam Yap Hoi Liong.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.