Malaysia, Switzerland tubuh program bersama di Ikmas

Malaysia, Switzerland tubuh program bersama di Ikmas

Zambry Abd Kadir berkata, persetujuan menubuhkan Program Malaysia-Swiss Nexus itu dicapai ketika pertemuan dengan Martina Hirayama di Davos.

Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abd Kadir mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Switzerland, Martina Hirayama, di Davos, semasa Sidang Kemuncak Tahunan WEF. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:
Malaysia dan Switzerland bersetuju menubuhkan Program Malaysia-Swiss Nexus melalui sekretariat di Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (Ikmas).

Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abd Kadir berkata, persetujuan itu dicapai semasa pertemuannya dengan rakan sejawatannya, Martina Hirayama, yang juga Setiausaha Negara bagi Pendidikan, Penyelidikan dan Inovasi Switzerland.

Pertemuan tersebut diadakan semasa Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland.

“Pertemuan ini adalah lanjutan daripada pertemuan pertama kami pada September lalu di Bern, Switzerland,” katanya dalam catatan di Facebook.

“Pelbagai perkara telah dibincangkan, termasuk langkah susulan terhadap isu-isu yang dibangkitkan sebelum ini.”

Menurut Zambry, kedua-dua pihak bersetuju menilai secara komprehensif program pertukaran kepakaran, termasuk dalam kalangan pelajar, pensyarah, dan penyelidik kedua-dua negara.

Selain itu, beliau turut menjemput Hirayama untuk melawat Malaysia sempena Kepengerusian Asean 2025 bagi melihat lebih dekat universiti dan politeknik di negara ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.