Sanusi syor harga lantai beli padi RM1,800

Sanusi syor harga lantai beli padi RM1,800

Menteri besar Kedah berkata pengguna 'sudah biasa' beli beras import sehingga lebih RM40 bagi kampit 10kg.

Menteri Besar Kedah Sanusi Nor, berkata tidak patut harga belian pada pada RM1,300 per tan metrik ambil kira kos input pertanian melonjak. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Sanusi Nor syor harga lantai belian padi naik kepada RM1,800 per tan metrik, memandangkan pengguna ‘sudah biasa’ beli beras import berharga lebih RM40 bagi kampit 10kg.

Menteri besar Kedah berkata, harga belian semasa RM1,300 adalah lebih rendah berbanding modal dianggar sekitar RM1,600 dikeluar pesawah susulan peningkatan kos input pertanian.

“Takkan harga belian padi tak naik sedangkan kos untuk input pertanian termasuk benih, racun, dan baja semuanya meningkat.

“Orang dah terbiasa beli 10kg beras pada harga lebih RM40 kerana ketiadaan beras tempatan, tetapi kenapa harga belian padi masih RM1,300.

“Pada musim menuai sebelum ini, boleh pula mereka beli sampai RM1,800. Kenapa boleh pada waktu itu. Adakah kerana nak jual sebagai beras import,” katanya menurut Utusan Malaysia

Katanya, menteri terlibat digesa membuat pertimbangan semula termasuk mencadangkan berbincang dengan perdana menteri dan menteri ekonomi bagi menyelesaikan isu itu.

“Sebelum ini ada orang tanya, menteri besar Kedah buat apa dalam isu ini? Ini bukan bidang kuasa saya sebaliknya terletak di bawah kementerian dan disebabkan itu kita minta kementerian bertindak,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.