Jurulatih baharu Harimau Malaya tiba di Malaysia

Jurulatih baharu Harimau Malaya tiba di Malaysia

Peter Cklamovski pernah berada bawah Pengurus Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou ketika menjadi pengendali Australia dan Yokohama F Marinos.

Ketua Jurulatih Harimau Malaya Peter Cklamovski bergambar di KLIA sejurus tiba dari Sydney, Australia. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Ketua Jurulatih Harimau Malaya Peter Cklamovski sudah tiba di Malaysia.

Dalam hantaran di Facebook, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkata Cklamovski mendarat di KLIA dari Sydney, Australia, petang tadi.

“Welcome to Malaysia!” kata FAM.

Pengendali berusia 46 tahun itu menggantikan Pau Marti Vicente, yang dilantik sebagai pemangku ketua jurulatih, susulan pengunduran Kim Pan Gon, Julai lalu.

Ketika mengumumkan pelantikan Cklamovski pada 16 Dis, FAM berkata misi pertama adalah memastikan Harimau Malaya layak ke Piala Asia 2027 di Arab Saudi.

Badan induk bola sepak negara juga mahu Cklamovski membantu menaikkan ranking skuad negara yang kini ke-132 pada kedudukan 100 terbaik Fifa.

Cklamovski, bekas ketua jurulatih Liga J, Tokyo FC dan Shimizu S-Pulse, pernah berkhidmat bawah Pengurus Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou, ketika mengendali Australia dan Yokohama F Marinos.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.