Luar Sogo dan Dataran Merdeka ada pemilik, bukan tempat awam, kata menteri

Luar Sogo dan Dataran Merdeka ada pemilik, bukan tempat awam, kata menteri

Saifuddin Nasution Ismail berkata kebenaran daripada pemilik diperlukan oleh penganjur himpunan rakyat benci rasuah, Sabtu ini.

saifuddin nasution
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail meminta penganjur himpunan rakyat benci rasuah, Sabtu ini tidak merungut dengan syarat tambahan.
PUTRAJAYA:
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail membidas penganjur himpunan rakyat benci rasuah yang mempersoalkan syarat tambahan.

Polis sebelum ini meminta penganjur himpunan Sabtu ini untuk mendapat kebenaran pemilik premis Sogo dan Dataran Merdeka.

Saifuddin berkata lokasi terbabit mempunyai pemilik masing-masing dan sudah tentu perlu mendapat kebenaran daripadanya.

“Tempat awam itu tempat yang tak ada pemilik. Kalau luar Sogo kena minta kebenaran dengan Sogo.

“Dataran Merdeka kena minta izin Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Undang-undang kata begitu,” katanya pada sidang media selepas Sidang Kemuncak dan Ekspo Keselamatan Antarabangsa Asia 2025.

Beliau turut meminta penganjur tidak merungut dengan syarat tambahan itu sambil yakin polis menggunakan kuasa mereka di bawah Akta Perhimpunan Aman.

Media sebelum ini melaporkan Sekretariat Rakyat Benci Rasuah melahirkan rasa terkejut terhadap arahan polis untuk mendapatkan persetujuan daripada pemilik premis yang bakal menjadi tempat mereka mengadakan himpunan pada Sabtu ini

Penasihat undang-undang sekretariat itu Zaid Malek berkata syarat tambahan dikenakan pihak berkuasa ke atas mereka itu disifatkan tidak mempunyai asas undang-undang kerana protes tersebut sepatutnya dijalankan di kawasan awam.

Perhimpunan itu akan bermula di luar Sogo di Kuala Lumpur dan menuju ke Dataran Merdeka.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.