Komitmen CBP patuhi nisbah kehematan BNM tingkat keyakinan pelabur, pelanggan

Komitmen CBP patuhi nisbah kehematan BNM tingkat keyakinan pelabur, pelanggan

Ketua Pegawai Eksekutif CBP Khairil Anuar Mohammad Anuar menjelaskan pematuhan piawaian SKM dan BNM bertujuan membantu koperasi bertahan menghadapi cabaran ketidaktentuan ekonomi dan pasaran kewangan tidak terjangka.

Co-opbank Pertama (CBP) komited dan menyediakan peruntukan tinggi untuk mematuhi tiga nisbah kehematan ditetapkan Bank Negara Malaysia.
PETALING JAYA:
Kemampuan Co-opbank Pertama (CBP) mematuhi tiga nisbah kehematan antaranya berkait risiko perlindungan kerugian oleh Bank Negara Malaysia (BNM) menggambarkan kecekapannya dan menjaga keyakinan pelabur serta pelanggannya.

BNM selaku bank berpusat mengawal selia institusi perbankan kewangan, telah menetapkan tiga aspek pematuhan iaitu Nisbah Modal Berwajaran Risiko (RWCR), Nisbah Kecairan Aset (LAR) dan Nisbah Perlindungan Kerugian Pembiayaan (FLCR) untuk dipatuhi oleh CBP dengan seliaan SKM.

Namun bagi pematuhan ini, CBP perlu memperuntukkan kos pematuhan tinggi berbanding institusi kewangan dan bank lain bagi memastikan kedudukan kewangan CBP sentiasa mematuhi
keperluan minimum digariskan BNM dan SKM.

Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata nisbah kehematan seperti RWCR, LAR dan FLCR memainkan peranan penting untuk menilai tahap kestabilan dan kecekapan pengurusan kewangannya.

Ketua Pegawai Eksekutif CBP Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata nisbah kehematan seperti RWCR, LAR dan FLCR memainkan peranan yang penting dalam menilai tahap kestabilan dan kecekapan
pengurusan kewangannya.

Beliau menjelaskan RWCR membantu menilai kecukupan modal berbanding dengan aset berisiko CBP manakala LAR menunjukkan kecairan aset cairnya daripada aset keseluruhannya.

“FLCR pula memberikan gambaran tentang tahap perlindungan terhadap kerugian pembiayaan,” katanya kepada FMT.

Menurut Khairil Anuar, pematuhan kepada piawaian itu penting untuk memastikan CBP dapat bertahan dalam menghadapi cabaran ekonomi tidak dijangka serta menjaga keyakinan pelabur dan pelanggan.

Ditubuhkan sebagai bank koperasi ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993 yang dikawalselia bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), CBP menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan patuh
syariah.

Bank itu juga mempunyai 35 buah cawangan termasuk outlet di seluruh negara.

September lalu, Khairil Anuar dipetik berkata CBP akan menerbitkan Sukuk Berstruktur Terlindung sehingga RM5 bilion bagi mempelbagaikan sumber pendanaan bagi pembiayaan aset dan menyokong keseluruhan operasinya.

Menurutnya, langkah itu sebagai strategi untuk memastikan kos kewangan stabil dan konsisten.

Co-opbank Pertama (CBP) menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan patuh syariah serta mempunyai 35 buah cawangan termasuk outlet di seluruh negara.

CBP turut menerima penarafan FI Rating A3/Stable/P2 oleh RAM Rating Services Berhad (RAM Ratings) yang dijangka meyakinkan pelabur berpotensi dan membuka peluang kepadanya mendapatkan Issuance Rating untuk proses penerbitan sukuk terbabit.

Pada 2022 pelaburan sukuk telah menyumbang sebanyak 8% yang meningkat kepada 10% pada tahun lalu dengan jumlah aset pelaburan bernilai RM1.5 bilion.

Mengulas pencapaian tahun ini, Khairil Anuar berkata 13% daripada jumlah keseluruhan pendapatan CBP setakat Julai lalu adalah daripada pelaburan sukuk.

Antara lain, bagi mempromosikan CBP kepada masyarakat, kempen tahunan ‘Hello CBP’ dilancarkan sehingga 31 Dis ini yang memberi peluang pelanggan memenangi hadiah sehingga RM1.5 juta.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.