
Beliau menjadi individu kelima yang memegang jawatan tersebut sejak rampasan kuasa tentera pada Feb 2021 yang mencetuskan krisis politik dan kemanusiaan di negara itu.
Menteri Luar Mohamad Hasan, mengumumkan pelantikan itu dalam sidang media selepas mempengerusikan Permukiman Menteri-menteri Luar Asean di Langkawi.
Othman, yang sebelum ini berkhidmat sebagai setiausaha agung Kementerian Luar dan pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam),
Beliau berkhidmat di Kementerian Luar lebih tiga dekad, memegang pelbagai jawatan dan juga misi diplomatik ke luar negara.
Beliau pernah menjadi duta Malaysia ke Amerika Syarikat dan Republik Czech serta wakil tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva.
Othman diiktiraf di Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) dan mengetuai delegasi Malaysia ke sesi-sesi tetap UNHRC antara 2009 dan 2012.
Pada Sept 2013, beliau kembali ke Putrajaya dan dilantik sebagai ketua setiausaha Kementerian Luar, jawatan eksekutif tertinggi dalam kementerian.
Othman mengetuai kementerian semasa Malaysia menjadi pengerusi Asean pada 2015 serta anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB dari 2015 hingga 2016.
Beliau bersara pada 2016.
Pelantikannya dibuat ketika Myanmar terus bergelut dengan krisis politik dan kemanusiaan sejak rampasan kuasa tentera menggulingkan kerajaan pimpinan Aung San Suu Kyi dan parti Liga Nasional untuk Demokrasi empat tahun lalu.
Rampasan kuasa tersebut mencetuskan protes besar-besaran dan pergolakan di seluruh negara, yang membawa kepada tindakan keras tentera. Ratusan ribu rakyat juga menjadi pelarian akibat keganasan yang berterusan.