Gerakan mahu fokus naratif politik pada ‘kebimbangan sejagat’

Gerakan mahu fokus naratif politik pada ‘kebimbangan sejagat’

Presidennya, Dominic Lau berkata, Gerakan tidak lagi akan fokus soal agama ataupun etnik, 'yang sudah letih rakyat bincangkan'.

dominic lau
Presiden Gerakan Dominic Lau berkata, kebimbangan sejagat akan jadi tumpuan partinya tahun ini kerana ia mempengaruhi setiap lapisan masyarakat.
PETALING JAYA:
Gerakan berhasrat mengubah naratif politik berasaskan etniknya kepada perjuangan kebimbangan sejagat, merangkumi kepentingan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama, kata Presiden Dominic Lau.

Beliau berkata, parti itu akan memberikan tumpuan pada lapan perkara utama, termasuk kestabilan ekonomi dan kos sara hidup, pendidikan berkualiti untuk semua, kesihatan mudah dan mampu milik, serta ketelusan kerajaan.

Selain itu, tambahnya, Gerakan juga akan memfokuskan pada keharmonian budaya, transformasi digital, keselamatan dan keamanan, serta memperkasa orang muda dan peluang pekerjaan.

“Kita tidak lagi fokus soal agama ataupun etnik, yang sudah letih rakyat bincangkan,” katanya dalam sidang media hari ini.

“‘Kebimbangan sejagat akan jadi tumpuan kita pada tahun ini kerana ia akan mempengaruhi semua masyarakat.”

Pada sidang media itu, Lau turut mengumumkan pelantikan Ketua Pemuda Gerakan Wong Chia Zhen sebagai setiausaha agung baharu parti itu.

Menurutnya, pelantikan Wong itu mendapat sokongan sebulat suara dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.