
Ketua Penerangan Ahmad Fadhli Shaari berkata tawaran RM11 sesaham disifatkan tidak setimpal dengan nilai sebenar MAHB yang mempunyai potensi besar dalam sektor penerbangan dan pelancongan.
“Bayangkan keuntungan jangka panjang yang dilepaskan jika anda terima tawaran ini.

“Mereka dah dua kali lanjutkan tarikh sebab belum cukup 90% – itu tanda mereka sangat terdesak,” katanya dalam kenyataan sambil mendakwa pemegang saham MAHB itu bakal hilang kawalan jika GDA menjadi pemegang penuh.
“Ingat, MAHB bukan sekadar syarikat biasa; ia aset negara yang patut kita jaga bersama, jangan jual murah-murah.
“Pegang saham anda, terus percaya pada masa depan yang lebih cerah!,” kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu.
Semalam, media melaporkan tarikh tutup bagi penerimaan tawaran oleh GDA untuk saham belum dimiliki penawar dalam MAHB telah dilanjutkan sehingga 25 Jan berbanding tarikh asal pada hari ini.
Ini adalah lanjutan kedua bagi tawaran itu yang sebelum ini telah dipanjangkan dari tarikh asal 8 Jan ke 17 Jan.
Media turut melaporkan sehingga Khamis, pihak penawar bersama pihak penawar utama secara kolektif memegang 86.18% daripada saham MAHB.
Khazanah Nasional Berhad bersama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan GIP Aurea Pte Ltd, membentuk satu konsortium dikenali GDA dan membuat tawaran untuk membawa MAHB ke dalam pemilikan persendirian pada harga RM11 sesaham.