Lelaki mati dalam longkang dekat rumah terbakar

Lelaki mati dalam longkang dekat rumah terbakar

Mangsa disyaki kena renjatan memandangkan masih ada aliran elektrik dalam longkang.

garisan kuning
Ketua Bomba Sibu Andy Alie, berkata mangsa, Hieng Sie, 58, ditemukan dalam keadaan terlentang dalam parit dipenuhi air.
PETALING JAYA:
Lelaki ditemukan mati dalam longkang berdekatan sebuah rumah yang musnah terbakar, di Jalan Kok Tiong, Sungai Bidut, Sibu, malam tadi.

Ketua Bomba Sibu Andy Alie, berkata lelaki mangsa Hieng Sie, 58, ditemukan dalam keadaan terlentang dalam parit dipenuhi air.

Beliau berkata, panggilan kebakaran diterima pada 7.50 malam dan pasukan keluaran operasi (PKO) dari Balai Bomba Sungai Merah, terus digerakkan ke lokasi.

“PKO menemukan lelaki tersebut di dalam parit dipenuhi air berdekatan lokasi kejadian dan dipercayai telah terkena renjatan elektrik, kerana semasa diperiksa masih terdapat aliran elektrik di kawasan berair tersebut,” katanya menurut Bernama.

Ngu berkata, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata semasa kejadian, seorang penghuni berjaya menyelamatkan diri, manakala seorang lagi penghuni tidak berada di rumah kerana keluar ke bandar.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.