Kedah cadang wajib tulisan Jawi pada papan iklan, tanda

Kedah cadang wajib tulisan Jawi pada papan iklan, tanda

Exco Kedah Mansor Zakaria berkata bahasa lain juga dibenar sebagai tulisan ketiga selepas rumi.

JAWI PAPAN IKLAN
Exco Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Mansor Zakaria, berkata cadangan wajibkan tulisan jawi pada papan iklan dan tanda sebagai langkah martabat tulisan itu. (Gambar X)
PETALING JAYA:
Kerajaan Kedah bercadang mewajibkan tulisan Jawi selepas rumi pada setiap papan iklan dan tanda, kata Exco Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Mansor Zakaria.

Katanya, bahasa lain juga dibenar sebagai tulisan ketiga pada papan iklan, selain tidak dibenarkan paparan wanita mencolok mata.

“Mengikut cadangan, kita juga melarang penggunaan gambar atau visual bahan larangan dan berbaur hasutan, berbaur perkauman serta memaparkan senjata berbahaya pada papan iklan.

“Kita cadang semua itu dikuatkuasa kepada papan iklan dan iklan di premis di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya menurut Harian Metro.

Mansor berkata, usaha itu adalah antara alternatif kerajaan negeri memartabat tulisan Jawi seiring undang-undang kecil menggalakkan penggunaan tulisan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.