Hujan lebat berterusan dijangka landa beberapa negeri

Hujan lebat berterusan dijangka landa beberapa negeri

Hujan lebat berterusan dijangka bermula Rabu ini hingga 18 Jan.

hujan ribut
Hujan lebat berterusan dijangka landa beberapa negeri di Semenanjung, Sabah serta selatan dan barat Sarawak. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Hujan lebat berterusan dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung, Sabah serta selatan dan barat Sarawak, bermula Rabu ini hingga 18 Jan.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Mohd Hisham Mohd Anip, berkata ia berdasarkan analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini yang menunjukkan bahawa luruan monsun dijangka berlaku sepanjang tempoh berkenaan.

Dalam kenyataan di media sosial MetMalaysia, beliau menasihati orang awam untuk sentiasa merujuk laman web dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Setakat petang tadi, Johor dan Perak menjadi dua negeri yang masih dilanda banjir dengan masing-masing merekodkan 3,779 dan 31 mangsa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.