
Dalam surat dihantar kepada Ketua Bersatu dan Pengerusi PN Wilayah Persekutuan Radzi Jidin, beliau juga umum keluar parti namun tidak menyatakan alasan berbuat demikian.
Bagaimanapun, dalam mesej kepada FMT Mahathir berkata ‘perjuangan sudah tidak selari’ adalah sebab tindakannya itu.
Beliau memaklumkan akan menunaikan umrah pada 22 Jan ini dan keputusan mengenai masa depannya termasuk menyertai mana-mana parti dibuat selepas itu.
Mahathir sebelum ini lantang mengkritik perhimpunan diketuai PAS untuk menyokong Najib Razak pada 6 Jan, mengatakan ia mencerminkan kesediaan PN berkompromi dengan prinsipnya demi kepentingan politik.
Katanya, sabitan dan hukuman 12 tahun Najib dalam kes SRC International menjadi peristiwa penting bagi Malaysia, dan menyifatkan perhimpunan solidariti terhadap bekas perdana menteri itu sebagai mengecewakan.
Perhimpunan di Istana Kehakiman, Putrajaya, dihadiri pemimpin Bersatu dan PAS antaranya Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Hamzah Zainudin, Takiyuddin Hassan, Ahmad Samsuri Mokhtar serta Idris Ahmad.