Kelantan akan tambah baik tahap kebersihan, tarik lebih ramai pengunjung

Kelantan akan tambah baik tahap kebersihan, tarik lebih ramai pengunjung

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kamaruddin Md Nor kata banyak perkara yang perlu dilakukan.

kota bharu arial view fbpic
Kerajaan Kelantan mahu tambah baik tahap kebersihan di negeri itu bagi menarik lebih ramai pengunjung. (Gambar Facebook)
KOTA BHARU:
Kerajaan Kelantan akan menambah baik tahap kebersihan persekitaran dan kawasan pelancongan untuk menarik lebih ramai pengunjung ke negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kamaruddin Md Nor berkata banyak perkara yang perlu dilakukan terutama membabitkan soal kebersihan dan sikap masyarakat yang perlu berubah untuk memastikan kawasan berkenaan sentiasa bersih.

“Ada sesetengah masyarakat hanya menyerahkan tanggungjawab menjaga kebersihan kepada pihak berwajib dan menganggap itu adalah tugas mereka.

“Selain itu, kita juga yakin masyarakat di sini masih belum faham standard kebersihan sebenar terutama melibatkan tandas awam,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kelantan ‘Lion Kid Warrior Challenge’ sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Beliau berkata kerajaan negeri sebenarnya sudah bekerja keras bagi meningkatkan tahap kebersihan terutama di kawasan tumpuan pelancong namun isu itu masih lagi timbul.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.