963 mangsa banjir di 14 PPS Johor

963 mangsa banjir di 14 PPS Johor

Seorang mangsa banjir di Kluang dipindahkan ke PPS Sekolah Agama Sri Kampung Tengah 1.

Pusat Penempatan Sementara
Seramai 962 orang daripada 319 keluarga ditempatkan di 13 PPS di daerah Kota Tinggi setakat 9.30 pagi ini. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Mangsa banjir di Johor meningkat kepada 963 orang pagi ini berbanding 335 orang daripada 124 keluarga malam tadi.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, 962 mangsa banjir daripada 319 keluarga ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) di Kota Tinggi setakat 9.30 pagi ini.

Seramai 175 penduduk daripada 50 keluarga berlindung di PPS Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB), manakala 175 orang daripada 51 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Laksamana di Kota Tinggi.

Ia diikuti 135 mangsa banjir membabitkan 54 keluarga di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina New Kota dan 130 orang daripada 59 keluarga di SK Bandar Penawar.

Sementara itu, sebuah PPS dibuka di Sekolah Agama Sri Kampung Tengah 1 untuk menempatkan seorang mangsa banjir dari Kluang pagi ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.