Pegawai kanan syarikat penyiaran Sarawak ditahan

Pegawai kanan syarikat penyiaran Sarawak ditahan

Beliau ditahan sepasukan pegawai dan anggota JSJK Bukit Aman di Kuching.

Lelaki berusia 60-an dibawa keluar dari pejabatnya di Kuching dipercayai bagi siasatan kes komersial. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Pegawai kanan syarikat penyiaran di Kuching ditahan bagi membantu siasatan berkait kes komersial.

Lelaki berusia 60-an dibawa keluar dari pejabatnya pada 3 petang untuk dibawa ke lokap IPK Sarawak.

Menurut Harian Metro, beliau ditahan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman.

Anggota polis dilihat membawa sejumlah dokumen daripada pejabat syarikat terbabit.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain memberitahu FMT pihak berkuasa akan mengeluarkan kenyataan berkait penangkapan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.