KPKM nafi dakwaan harga belian padi diturunkan

KPKM nafi dakwaan harga belian padi diturunkan

Kementerian nafi dakwaan Pesawah bahawa harga diturunkan kepada RM1,300 satu tan metrik berbanding harga semasa antara RM1,500 hingga RM1,800.

sawah padi 4
Pesawah mendakwa keputusan menurunkan harga belian padi dimuktamadkan pada mesyuarat pengilang beras bersama Ketua Pengarah Bahagian IPB. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menafikan terdapat sebarang arahan atau keputusan berkaitan penurunan harga belian padi seperti didakwa Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah) pada Rabu.

Menurut kementerian, dakwaan pertubuhan itu tidak tepat dan telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pesawah serta pemain industri padi dan beras negara.

“KPKM menggesa supaya penyebaran maklumat berhubung kenyataan ini dihentikan segera dan menegaskan bahawa sebarang penyebaran maklumat tidak sahih ini bawah tanggungjawab penyebar,” menurut KPKM dalam kenyataan.

Pesawah dalam kenyataan media pada Rabu mendakwa harga belian padi diturunkan kepada RM1,300 satu tan metrik berbanding harga semasa antara RM1,500 hingga RM1,800.

Dalam kenyataan sama, Pesawah mendakwa keputusan itu dimuktamadkan pada mesyuarat pengilang beras bersama Ketua Pengarah Bahagian Industri Padi dan Beras (IPB) baru-baru ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.