Bantuan tunai sekolah RM150 disalur mulai Isnin

Bantuan tunai sekolah RM150 disalur mulai Isnin

Tingkatan 6 semester 2 dan Tahun 1 sesi persekolahan 2025/2026 pula diagihkan mulai 16 Feb depan, manakala Tingkatan 6 baharu mulai 1 Julai nanti.

teacher asia
Kementerian Pendidikan berkata RM791,250,000 diperuntukkan khusus untuk bayaran BAP kepada setiap murid secara ‘one-off’ yang akan memanfaatkan lebih 5.2 juta murid. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 sesi persekolahan 2024/2025 akan diagihkan bermula 13 Jan ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) berkata, Tingkatan 6 semester 2 dan Tahun 1 sesi persekolahan 2025/2026 pula diagihkan mulai 16 Feb depan, manakala agihan kepada Tingkatan 6 baharu mulai 1 Julai nanti.

“Kerajaan memperuntukkan RM791,250,000 khusus untuk bayaran BAP sebanyak RM150 kepada setiap murid secara one-off (sekali bayar) yang akan memberi manfaat lebih 5.2 juta murid.

“Tahun ini, buat pertama kali, inisiatif BAP akan turut diperluaskan kepada pelajar Tingkatan 6,” kata KPM dalam kenyataan.

Menurutnya, BAP akan diagihkan pihak sekolah melalui kaedah serahan tunai atau pengkreditan ke akaun bank murid atau ibu bapa.

“Inisiatif BAP menyerlahkan keprihatinan kerajaan untuk membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa dan penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak bagi menghadapi sesi persekolahan bakal menjelang.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.