
Hilman yang juga Adun Gombak Setia mula memegang jawatan itu bulan lalu susulan kemenangannya pada pemilihan Bersatu dengan menewaskan pencabarnya Akmal Zahin Zainal Zahir.
Wan Meor Safwat Naqiuddin Shamsudin berkata perbezaan pendiriannya disebabkan jawatan yang disandangnya iaitu ketua biro profesional dan sukarelawan bersifat lantikan oleh Hilman pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu November lalu.
Menurutnya, jawatan exco Pemuda pula adalah jawatan dipilih majoriti perwakilan di peringkat bahagian dan cawangan.
Susulan itu beliau telah meletakkan jawatan ketua biro profesional dan sukarelawan Bersatu pada 5 Jan lalu namun mengekalkan jawatan sebagai exco Pemuda tanpa portfolio.
“Keputusan ini diambil atas faktor perbezaan pendirian antara saya dengan Hilman berkenaan struktur pentadbiran Pemuda Bersatu yang dilihat luar dari kebiasaan dan tidak menggambarkan amalan pentadbiran baik dengan risiko menggugat kestabilan keseluruhannya,” katanya dalam kenyataan.
FMT telah menghubungi Hilman dan sedang cuba mendapatkan maklum balas berkaitan perkembangan itu.