Bayi 4 bulan meninggal dunia di taska

Bayi 4 bulan meninggal dunia di taska

Menurut polis, bayi lelaki itu dihantar ke klinik dalam keadaan pucat dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya.

baby
Dalam kejadian Jumaat lepas, bayi lelaki berusia 4 bulan itu disahkan meninggal dunia pada 5.05 petang di Hospital Putrajaya selepas usaha menyelamatkan selama lebih 30 minit gagal.
PETALING JAYA:
Seorang bayi lelaki berusia empat bulan dipercayai meninggal dunia di sebuah taska di Bandar Saujana Putra pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Kuala Langat Mohd Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang doktor dari klinik di kawasan Bandar Saujana Putra pada 3.29 petang, Jumaat lepas mengenai seorang bayi lelaki dibawa oleh pengasuh taska tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Bayi tersebut tiba dalam keadaan pucat, bibir dan kaki kebiruan, tanpa nafas serta tiada tindakan balas pada anak mata.

“Pengadu segera melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR) dan bantuan oksigen sebelum ambulan tiba,” katanya dalam kenyataan, lapor Bernama.

Mohd Akmalrizal berkata, bayi tersebut kemudian dihantar ke Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal dunia pada 5.05 petang selepas usaha menyelamatkan selama lebih 30 minit gagal.

Katanya, polis membuka kertas siasatan bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2011 dan keterangan pengusaha serta pekerja taska telah diambil, namun tiada tangkapan dibuat setakat ini.

Siasatan awal mendapati taska tersebut tidak berlesen dengan permohonan lesen belum diluluskan, tambahnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.