
PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) membatalkan lesen syarikat Layang-Layang Island Resort Sdn Bhd berkuat kuasa Isnin lepas.
Pesuruhjaya Pelancongan Motac Roslan Abdul Rahman berkata, pembatalan lesen nombor 2992 selaras dengan Seksyen 8 Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).
“Motac memandang serius sebarang pelanggaran peruntukan undang-undang oleh pengusaha pelancongan berlesen demi menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat Malaysia Madani,” katanya menerusi kenyataan ringkas.
Sebelum ini, beberapa portal media melaporkan sebuah resort di Sabah didakwa gagal mengembalikan deposit kepada lebih 100 individu termasuk pelancong asing yang menempah pakej menyelam skuba dengan mereka sejak 2020.
Tempahan itu memerlukan deposit 50%.