Aksi Terbuka Malaysia tangguh akibat bumbung bocor

Aksi Terbuka Malaysia tangguh akibat bumbung bocor

Antara perlawanan terjejas membabitkan beregu wanita negara, Go Pei Lee-Teoh Mei Xing yang berdepan pasangan China, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian.

Bumbung bocor menyebabkan perlawanan Terbuka Malaysia di Axiata Arena, Bukit Jalil, ditangguhkan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Badminton Terbuka Malaysia terpalit insiden memalukan apabila bumbung di Axiata Arena, Bukit Jalil, bocor akibat hujan lebat pada hari pertama kejohanan, hari ini.

Situasi itu menyaksikan beberapa perlawanan sedang berlangsung pada kejohanan berstatus elit Super 1000 BWF (Persekutuan Badminton Dunia) terpaksa ditangguhkan.

Gelanggang yang terjejas adalah dua dan tiga dengan kebocoran tampak serius, lapor Berita Harian.

Antara perlawanan terjejas membabitkan beregu wanita negara, Go Pei Lee-Teoh Mei Xing yang berdepan pasangan China, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian.

Acara perseorangan lelaki antara Brian Yang dari Kanada menentang pemain India HS Prannoy turut terganggu.

Setakat ini, pihak penganjur dilihat berusaha menangani situasi tersebut bagi memastikan kejohanan dapat diteruskan dengan perlawanan sudah terhenti lebih 30 minit.

Insiden itu mencetuskan kekecewaan dalam kalangan pemain dan penonton memandangkan status elit kejohanan yang sepatutnya berlangsung di fasiliti bertaraf dunia.

Setakat ini pihak penganjur belum mengeluarkan kenyataan rasmi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.