Hujan lebat diramal landa Timur, Selatan Semenanjung

Hujan lebat diramal landa Timur, Selatan Semenanjung

Fenomena luruan monsun kuat minggu ini dijangka berlaku pada 9 Jan hingga 13 Jan.

rain hujan
Luruan monsun juga berisiko bawa hujan berterusan di kawasan Barat Semenanjung.
PETALING JAYA:
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat dan berterusan di Timur dan Selatan Semenanjung, bermula 9 Jan hingga 13 Jan.

Dalam kenyataan, agensi itu berkata ia berdasarkan analisis terhadap model ramalan cuaca terkini yang menunjukkan luruan monsun kuat dijangka memasuki rantau negara pada tempoh berkenaan.

Kawasan Barat Semenanjung juga berisiko menerima hujan berterusan, dan perairan Laut China Selatan dijangka mengalami angin kencang dan laut bergelora.

“Keadaan ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan laut.

“Kenaikan paras air laut turut dijangka di kawasan perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu, dan Kelantan serta berisiko kepada limpahan air laut di pesisir pantai,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.