3,500 ahli MIC berkumpul di Batu Caves berdoa untuk Najib

3,500 ahli MIC berkumpul di Batu Caves berdoa untuk Najib

Timbalan Presiden MIC M Saravanan berkata jumlah kehadiran itu melebihi jangkaan awal.

mic indian people
Sebahagian ahli MIC yang berkumpul di Batu Caves hari ini bagi menyertai satu upacara doa khas untuk Najib Razak.
GOMBAK:
Lebih 2,000 ahli MIC berkumpul di Batu Caves untuk satu upacara doa khas untuk Najib Razak selepas memutuskan untuk tidak menyertai himpunan solidariti dengan bekas perdana menteri itu di Putrajaya.

Timbalan Presiden MIC M Saravanan berkata parti itu menjangkakan kira-kira 2,000 ahlinya hadir tetapi jumlah yang hadir melebihi jangkaan.

“Kita tidak dapat menunjukkan sokongan kepada Najib di Putrajaya atas nasihat polis, sebab itu kami berada di Batu Caves.

“Kami menjangkakan 2,000 hadir tetapi hari ini lebih 3,500 ahli dari Perlis ke Johor hadir ke sini,” katanya dalam ucapan di dewan serbaguna di kompleks kuil Batu Caves.

Beratus-ratus peserta dilihat mula berkumpul sejak pukul 10 pagi, jumlah itu semakin bertambah dan melebihi 2,000 orang selepas 11 pagi.

Saravanan berkata banyak parti politik menyatakan solidariti kepada Najib hari ini, merujuk kepada pemimpin Umno, PAS dan Bersatu yang hadir di Istana Kehakiman di Putrajaya.

Ahli Parlimen Tapah itu berkata beliau percaya MIC, sebagai satu-satunya parti India dalam kerajaan yang menyuarakan pandangan masyarakat India dengan menyatakan sokongan kepada Najib hari ini.

Terdahulu, lebih 3,000 orang berhimpun di luar Istana Kehakiman di Putrajaya sebagai tanda solidariti untuk bekas perdana menteri itu.

Mereka termasuk penyokong dari PAS, Bersatu, Umno, dan NGO, tiba seawal jam 6.30 pagi sambil membawa sepanduk dengan mesej seperti “#Justice4Najib” dan “#BebasNajib”.

Antara tokoh pembangkang yang dilihat berada di kompleks mahkamah adalah Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan; Timbalan Presiden Bersatu, Hamzah Zainudin; dan Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar. Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh, turut hadir menyertai perhimpunan tersebut.

Mahkamah Rayuan hari ini akan mendengar permohonan Najib untuk kebenaran mengemukakan bukti baharu dalam rayuannya agar dibenarkan menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.