Kontraktor TM curi kabel diberkas

Kontraktor TM curi kabel diberkas

Tiga lelaki berusia 31 hingga 36 tahun ditahan disyaki curi kabel milik TM bernilai RM3,000.

handcuff
Ketua Polis Gerik Zulkifli Mahmood, berkata modus operandi menggunakan pakaian dan peralatan milik syarikat, selain menjalankan kerja pemasangan dan pembaikan kabel dengan TM.
PETALING JAYA:
Tiga lelaki licik menggunakan pakaian dan peralatan milik syarikat kontraktor berdaftar mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM) bernilai RM3,000, di Gerik, Ipoh.

Ketua Polis Gerik Zulkifli Mahmood, berkata ketiga-tiga suspek berusia lingkungan 31 hingga 36 tahun itu ditahan pada 4.30 petang hari ini di kawasan pentadbiran Balai Polis Bersia.

Zulkifli berkata, modus operandi ketiga-tiga suspek menggunakan pakaian dan peralatan milik syarikat kontraktor berdaftar selain menjalankan kerja pemasangan serta pembaikan kabel dengan TM.

“Ketiga-tiga suspek menaiki van jenis Nissan Vanette warna putih. Pemeriksaan di dalam van tersebut menemukan beberapa peralatan yang disyaki digunakan untuk memotong kabel.

“Pemeriksaan lanjut turut merampas tiga gulung kabel, spanar, tangga aluminium, topi keselamatan, jaket pantulan cahaya serta van bersama anak kunci,” katanya menurut Bernama.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.