Ganggu jemaah: Pengurusan masjid santuni ibu bapa lelaki alami masalah mental esok

Ganggu jemaah: Pengurusan masjid santuni ibu bapa lelaki alami masalah mental esok

Pada masa yang sama, jemaah yang terlibat dalam insiden tersebut meminta maaf kepada pihak masjid setelah mengetahui situasi sebenar, kata Menteri Fahmi Fadzil.

kacau masjid ttdi
Polis kata ia dimaklumkan suspek yang membuat kekecohan di Masjid At-Taqwa TTDI alami masalah mental sejak April 2022.
KUALA LUMPUR:
Pengurusan Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail (TTDI) akan menyantuni keluarga lelaki yang mengganggu jemaah dalam kejadian yang berlaku pada Rabu lepas, esok.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut hari ini, berkata perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Masjid Mohd Fadzli Yusof.

“Ibu bapa lelaki itu juga bersetuju untuk berjumpa dengan pihak masjid esok.

“Pada masa yang sama, jemaah yang terlibat dalam insiden tersebut telah meminta maaf kepada pihak masjid setelah mengetahui situasi sebenar,” katanya di Facebook.

Fahmi berkata Fadzli memberikan nasihat kepada jemaah supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau kenyataan mengenai kejadian itu yang boleh menimbulkan syak wasangka dalam kalangan ummah.

Semalam, Ketua Polis Brickfields Ku Mashariman Ku Mahmood berkata pihaknya dimaklumkan suspek yang membuat kekecohan itu mengalami masalah mental sejak April 2022.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.