
PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi beberapa kawasan di Sabah sehingga 30 Dis ini.
Menurutnya, ia membabitkan pedalaman (Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.
Amaran sama turut dikeluarkan untuk Kelantan membabitkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai, Terengganu serta Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang mulai esok hingga 31 Dis ini.
Orang ramai dinasihat mendapatkan maklumat terkini di laman sesawang rasmi MetMalaysia, aplikasi mudah alih myCuaca atau media sosial rasmi jabatan itu.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian hotline 1-300-22-1638.