Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.

RINGGIT
Peniaga jangka ringgit akan diniagakan dalam jajajaran kecil hari ini disebabkan pasaran pertukaran asing global kekal lemah berikutan musim cuti. (Gambar AP)
KUALA LUMPUR:
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini walaupun kekuatan mata wang Amerika Syarikat didorong oleh jangkaan mengenai dasar perdagangan pentadbiran AS.

Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.

Dalam menjangkakan keadaan sebelum dagangan, peniaga menjangkakan ringgit akan diniagakan dalam jajajaran kecil hari ini disebabkan pasaran pertukaran asing global kekal lemah berikutan musim cuti ketika ini dan ketiadaan data makroekonomi yang ketara.

Aktiviti pasaran mungkin akan kekal lengang sebelum cuti Tahun Baru minggu depan.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan, berkata mata wang tempatan dibuka lebih kukuh, seiring dengan Indeks Dolar Asia susulan data tuntutan pengangguran awal AS dikeluarkan malam tadi.

“Data itu menunjukkan penurunan berterusan, Rizab Persekutuan AS mungkin akan menurunkan kadar faedah pada 2025, seterusnya akan melemahkan dolar AS,” katanya.

Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 2.8310/8345 daripada 2.8373/8405 ketika ditutup pada Khamis dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.5956/6019 daripada 5.5967/6023, bagaimanapun merosot berbanding Euro kepada 4.6550/6602 daripada 4.6448/6495.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean.

Ia melonjak berbanding dolar Singapura kepada 3.2868/2908 daripada 3.2875/2913 sebelum ini tetapi merosot berbanding baht Thailand kepada 13.0779/1052 daripada 13.0340/0543, kekal tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 275.8/276.3 dan peso Filipina pada 7.70/7.71.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.