JHEV akan buat laporan rasmi kekang buli siber terhadap KP, jabatan

JHEV akan buat laporan rasmi kekang buli siber terhadap KP, jabatan

JHEV turut berkata, pihaknya akan meneliti tindakan undang-undang yang boleh diambil bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

JHEV juga akan meneliti tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terlibat dengan isu tohmahan dan buli siber terhadap jabatan dan ketua pengarahnya bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
PETALING JAYA:
Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) akan memfailkan aduan rasmi kepada Kementerian Komunikasi dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) berhubung ‘tohmahan dan buli siber’ terhadap ketua pengarahnya dan warga jabatan itu.

JHEV berkata, pihaknya mengambil maklum tentang tohmahan dan fitnah yang ‘diapi-apikan’ oleh wakil dua pertubuhan tidak berdaftar bawah Akta Veteran 2012, iaitu Persatuan Pembela Pejuang Malaysia dan Pertubuhan Suara Patriotik Rakyat Malaysia, susulan keengganan Ketua Pengarah JHEV Semaon Marjuki mengadakan pertemuan lanjutan berhubung pengiraan pencen veteran tentera.

“(Perkara ini) dijadikan peluang oleh pertubuhan untuk membuat tohmahan-tohmahan dan kenyataan berangkai berbaur fitnah termasuklah dengan menubuhkan laman Facebook khas bagi menimbulkan kemarahan dan kebencian kumpulan veteran tentera secara berterusan terhadap ketua pengarah dan warga jabatan.

“Malah, telah mencemarkan kredibiliti ketua pengarah dan warga jabatan yang melaksanakan tugas dengan niat suci hati dan tanggungjawab selaku agensi yang menguruskan hal ehwal veteran tentera dan tanggungan,” kata JHEV dalam kenyataan.

JHEV turut berkata, pihaknya akan meneliti tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap mana-mana individu dan kumpulan yang terlibat dengan isu tohmahan dan buli siber ini bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Isnin lepas, FMT melaporkan kira-kira 30 orang veteran tentera hadir ke JHEV Kuala Lumpur bagi mendapatkan penjelasan berhubung kiraan pencen susulan pelaksanaan SSPA.

Seorang veteran yang hadir, Rafique Ali Ahmad Nordin, 65, mendakwa kebanyakan bekas tentera tidak menerima kenaikan 8% seperti dinyatakan Menteri Pertahanan Khaled Nordin.

Pada 7 Nov lepas, Khaled berkata, susulan pelaksanaan SSPA, mereka yang bersara sebelum Januari 2013 akan menerima pelarasan pencen fasa pertama sebanyak 8% pada Disember, berdasarkan gaji akhir pada 2012.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.