89 mangsa banjir di 2 PPS Lipis

89 mangsa banjir di 2 PPS Lipis

Jumlah itu lebih ramai daripada 41 mangsa yang direkodkan di dua PPS di Lipis pada 4 petang semalam.

pps
Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, 48 mangsa banjir ditempatkan di Masjid Kampung Beletik, manakala 41 lagi di Sekolah Kebangsaan Lubuk Kulit di Lipis pagi ini. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Seramai 89 mangsa banjir daripada 27 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Lipis, Pahang setakat 8.33 pagi tadi.

Jumlah itu lebih ramai daripada 41 mangsa membabitkan 12 keluarga di dua PPS di Lipis pada 4 petang semalam.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, 48 mangsa banjir daripada 15 keluarga dipindahkan ke Masjid Kampung Beletik, sementara 41 orang daripada 12 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Lubuk Kulit di Lipis.

Sementara itu, tiga sungai iaitu Sungai Jelai di Jeti Lipis, Sungai Dong di Kampung Peruas, Raub dan Sungai Pahang di Kuala Krau, Temerloh masih melepasi paras waspada.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.