
Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa berkata siasatan turut dijalankan melibatkan kenyataan yang dikeluarkan aktivis haiwan, seperti yang dilaporkan media tempatan.
“Rakaman percakapan pihak berkenaan akan diambil pada Khamis ini,” katanya dalam kenyataan ringkas.
Kelab Kucing Malaysia meminta siasatan terhadap kes kematian kucing di UM dijalankan secara terperinci.
Presiden Khalid Rashid dilapor berkata pihaknya bukan mempersoalkan siasatan dijalankan pihak berkuasa, namun berharap jika kes berkenaan diteliti semula dengan bantuan daripada pakar, ekoran timbul pelbagai reaksi.
Pada 22 Dis, hasil semakan kamera litar tertutup, polis mendapati terdapat sekumpulan anjing liar yang bertindak menyerang kucing tersebut.
Polis merujuk perkara itu kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan pengesahan kecederaan yang dialami ke atas kematian kucing terbabit adalah disebabkan serangan anjing-anjing liar.