4 negeri dijangka hujan, ribut petir pagi Krismas

4 negeri dijangka hujan, ribut petir pagi Krismas

Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan pula akan mengalami cuaca sama pada sebelah petang.

hujan ribut
Hujan dan ribut petir dijangka melanda Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak pada pagi sambutan Krismas esok. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Empat negeri melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada pagi sambutan Krismas, esok.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam hantaran di Facebook memaklumkan Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak akan mengalami cuaca sama pada sebelah petang.

Selain itu, Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada malam.

MetMalaysia mengingatkan orang ramai merancang perjalanan dan aktiviti, serta muat turun aplikasi myCuaca menerusi Google Play dan App Store untuk maklumat cuaca terkini dan sahih di MET Malaysia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.