‘PRN Sabah uji sama ada parti dengar satu sama lain’

‘PRN Sabah uji sama ada parti dengar satu sama lain’

Puad Zarkashi merujuk kerjasama BN-PH dengan GRS atau BN-PH dengan Warisan pada PRN dijangka tahun depan.

puad zarkashi
Puad Zarkashi berkata Umno sememangnya mengutamakan kesetiaan dalam berpolitik menyebabkan parti itu tetap kekal selepas 50 tahun. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
PRN Sabah adalah medan ujian sama ada setiap parti mendengar antara satu sama lain, kata seorang pemimpin Umno.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Puad Zarkashi, merujuk kerjasama BN-PH dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) atau BN-PH dengan Warisan pada PRN dijangka berlangsung tahun depan.

“Umum mengetahui Umno kurang mesra dengan GRS dan PH pula kurang mesra dengan Warisan,” katanya di Facebook.

Kenyataan itu menyusul selepas Pengerusi BN Zahid Hamidi berkata pendapat gabungan tersebut harus didengar bagi mewujudkan kerajaan yang stabil.

Menjawab kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim baru-baru ini, Zahid berkata Umno, yang merupakan tunjang BN, amat mengambil berat soal kesetiaan dalam berpolitik.

Mengulas lanjut, Puad berkata Umno sememangnya mengutamakan kesetiaan dalam berpolitik menyebabkan parti itu tetap kekal selepas 50 tahun.

“Sebab itu juga Umno tidak boleh kekal lama dengan PAS dan Bersatu.

“Dua kali ‘perkahwinan’ Umno dengan PAS berakhir dengan perceraian. Iaitu masa PAS sertai BN 7 Mac 1974 dan membentuk Muafakat Nasional (MN),” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.