4 lelaki diberkas dipercayai terlibat samun di Seri Iskandar

4 lelaki diberkas dipercayai terlibat samun di Seri Iskandar

Keempat-empat suspek berusia antara 27 tahun hingga 35 tahun itu ditahan pada kira-kira 11.40 malam tadi.

handcuff
Kesemua suspek direman selama lima hari hingga 26 Dis untuk siasatan lanjut, kata Ketua Polis Perak Tengah Hafezul Helmi Hamzah.
PETALING JAYA:
Polis memberkas empat lelaki yang disyaki terlibat dalam kegiatan samun di sekitar Seri Iskandar tidak sampai 24 jam lepas.

Ketua Polis Perak Tengah Hafezul Helmi Hamzah berkata, keempat-empat suspek berusia antara 27 tahun hingga 35 tahun itu ditahan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Perak Tengah pada kira-kira 11.40 malam tadi.

Katanya, tangkapan itu dibuat susulan laporan polis dibuat pengadu di Balai Polis Seri Iskandar kira-kira 10 pagi semalam.

“Kesemua suspek direman selama lima hari hingga 26 Dis untuk siasatan lanjut,” katanya, lapor Bernama.

Menurut Hafezul Helmi, kertas siasatan dibuka bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, beliau menyeru mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian jenayah itu agar menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Perak Tengah Mohamad Zulkarnain Jusoh di talian 013-9740294.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.